Neofeudal UMNO: Politik Dan Pembangunan Luar Bandar – S$20.00

Epistemologi feudalisme boleh dikaji dari pelbagai perspektif termasuk sejarah, undang-undang, ekonomi, sosiologi dan sains politik. Feudalisme juga dilihat dari sudut geopolitik dengan kajian-kajian tertumpu kepada feudalisme di Benua Eropah Barat, di Asia Timur dan Asia Tengah dan juga kajian feudalisme yang mengkhusus negara-negara tertentu. Di negara ini feudalisme turut menjadi subjek kajian terutamanya berkaitan budaya feudal golongan istana dan kaum Melayu secara komprehensif. Peredaran masa menyaksikan neofeudalisme pula mengambil tempat dalam dunia kajian sosiopolitik.

Budaya politik masyarakat di luar bandar cukup menarik untuk dibahaskan kerana penguasaan geopolitik kawasan luar bandar merupakan katalis dan penentu kejayaan kepada mana-mana parti politik dalam pilihan raya khususnya di Malaysia. Kawasan luar bandar menjadi deposit tetap kepada kelangsungan kemenangan kebanyakan kerusi parlimen parti pemerintah. Perkembangan ini menjadi stimulus dan dorongan kepada pengkaji serta pemerhati politik untuk mencari bahan bacaan yang membincangkan budaya politik neofeudal yang sinonim dengan sosiopolitik luar bandar.

Buku ini turut merangsang pembaca untuk terjun sama ke dunia politik menerusi analisis sebenar tentang hegemoni dan survival kuasa parti pemerintah. Bukan sekadar membicarakan teori dan konsep sains politik, buku ini memberi pemahaman tentang bagaimana kuasa dieksploitasi untuk mengukuhkan kedudukan politik sehingga mencambahkan kesedaran palsu, akur dan wala’ nya masyarakat kepada pemimpin politik. Buku yang menyentuh budaya politik neofeudal UMNO ini boleh menambah korpus ilmu berkaitan budaya politik feudalisme dan neofeudalisme di negara ini.

Tambahan pula buku ini dihasilkan menerusi kajian yang reliable hasil input daripada sumber perpustakaan, temu ramah malahan penulis sendiri turun padang melihat dan mendapatkan maklumat di kawasan kajian. Pengalaman penulis bertugas di agensi kerajaan juga telah membantu penulis mendapatkan informasi daripada pelbagai agensi kerajaan berkaitan pembangunan luar bandar.

Report Abuse
SKU: 9789672165149 Categories: , , Tag:

Description

  • Title: Neofeudal UMNO: Politik Dan Pembangunan Luar Bandar
  • Author: Mazli Bidu & Dr. Jamaie Hamil
  • ISBN: 9789672165149
  • Book Size: 152.4mm x 228.6mm
  • Weight: 312g
  • No. of pages: 168pp
  • Price: S$20.00 (before tax)
  • Year: 2018
  • Finish: Paperback
  • Published by: SIRD

Additional information

Weight 312 g
Dimensions 15.2 × 22.9 cm

Gerakbudaya

Established in 2000, and nominated for 2020’s Prix Voltaire, Gerakbudaya is a publisher and distributor of books that embody social awareness, critical and alternative perspectives, and the hidden histories of Malaysia, Southeast Asia and the wider world we live in.

Gerakbudaya is dedicated to the circulation of timely and important books, to breaking down artificial barriers between writers/thinkers and between institutions and the outside world, and generating informed discussions on important issues in Malaysian life by providing different views and fresh insights.

As a publisher, alongside our academic imprint Strategic Information and Research Development Centre (SIRD), we are committed to publishing original and thought provoking books which produce a critical awareness of Malaysian politics, history, culture and society.

More Products from Gerakbudaya

Reviews

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

Questions and Answers

You are not logged in