Budaya Makanan Cina Peranakan Terengganu dan Kelantan: Penyelarasan Identiti dan Kontradiksi Dalaman – S$25.00

Monograf ini meninjau budaya makanan dua kumpulan Cina Peranakan yang menetap di pantai timur Semenanjung Malaysia, iaitu Cina Peranakan Tirok di negeri Terengganu dan Cina Peranakan Pasir Parit di negeri Kelantan. Tumpuan utamanya adalah terhadap dua jenis makanan yang memperlihatkan kedinamikan kedua-dua kumpulan Cina Peranakan ini menyelaraskan identiti mereka, iaitu identiti Melayu yang dipupuk menerusi proses akulturasi dan identiti asal yang diwarisi daripada generasi awal. Dua jenis makanan tersebut ialah makanan harian dan makanan upacara penyembahan nenek moyang. Dari segi makanan harian, kedua-dua kumpulan Cina Peranakan ini amat dipengaruhi oleh budaya makanan penduduk Melayu tempatan.

Dengan kata lain, makanan harian mereka menonjolkan proses lokalisasi makanan yang cukup ketara. Walau bagaimanapun, makanan harian yang disediakan oleh mereka itu turut terdiri daripada makanan hibrid yang mengadunkan budaya makanan yang berbeza. Biarpun makanan hibrid ini hanya disediakan sekali sekala, ia tetap merupakan satu kontradiksi dalaman kepada budaya makanan harian mereka, lebih-lebih lagi makanan hibrid tersebut rata-rata membabitkan penggunaan bahan masakan yang istimewa kepada orang Cina tetapi dilarang oleh agama Islam. Sementara itu, makanan upacara penyembahan nenek moyang yang disediakan oleh mereka itu bertujuan untuk memperkukuh ikatan primordial mereka dan oleh itu, makanan tersebut terdiri daripada makanan yang sama ada memperlihatkan identiti makanan Cina yang ketara atau simbolisme makanan yang dapat mendukung pengekalan dan kesinambungan salasilah keturunan dan persanakan keluarga mereka.

Namun, terdapat juga kontradiksi dalaman dari segi penyediaan makanan ini kerana sesetengah makanan yang disediakan oleh mereka itu terdiri daripada makanan tempatan dan makanan hibrid yang menyebabkan penghakisan identiti primordial mereka. Pendek kata, kedua-dua jenis makanan ini menonjolkan kekompleksitian Cina Peranakan Tirok dan Pasir Parit menyelaraskan identiti mereka menerusi budaya makanan mereka yang bersifat silang budaya itu.

Report Abuse
SKU: 9789670630267 Categories: , , Tag:

Description

  • Title: Budaya Makanan Cina Peranakan Terengganu dan Kelantan: Penyelarasan Identiti dan Kontradiksi Dalaman
  • Author: Tan Yao Sua,Kamarudin Ngah,Mohd Shah Imran Lim Abd
  • ISBN: 9789670630267
  • Book Size: 152.4mm x 228.6mm
  • Weight: 236g
  • No. of pages: 73pp
  • Price: S$25.00 (before tax)
  • Year: 2014
  • Finish: Paperback
  • Published by: SIRD
  • Printing: B/W
  • Genre: Food, Malaysian Studies, History, Culture

Additional information

Weight 236 g
Dimensions 15.2 × 22.9 cm

Gerakbudaya

Established in 2000, and nominated for 2020’s Prix Voltaire, Gerakbudaya is a publisher and distributor of books that embody social awareness, critical and alternative perspectives, and the hidden histories of Malaysia, Southeast Asia and the wider world we live in.

Gerakbudaya is dedicated to the circulation of timely and important books, to breaking down artificial barriers between writers/thinkers and between institutions and the outside world, and generating informed discussions on important issues in Malaysian life by providing different views and fresh insights.

As a publisher, alongside our academic imprint Strategic Information and Research Development Centre (SIRD), we are committed to publishing original and thought provoking books which produce a critical awareness of Malaysian politics, history, culture and society.

More Products from Gerakbudaya

Reviews

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

Questions and Answers

You are not logged in